Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.
Mereka berjuang bersama-sama #KeluargaMalaysia yang lain semasa negara berhadapan dengan krisis pandemik Covid-19.
Barisan hadapan negara telah diterajui oleh #MajlisKeselamatanNegara, JPM dan diperkuatkan oleh Kementerian dan Agensi yang hebat dalam bidang kesihatan, keselamatan dalam negeri, pertahanan, komunikasi, kewangan dan pelbagai lagi.
Selari dengan tema #TeguhBersama, manifestasi menjaga keselamatan negara dari ancaman pandemik telah ditunjukkan oleh semua wira Barisan Hadapan.
Pastinya kejituan, kesepakatan dan kasatuan yang ditunjukkan sebelum ini akan diteruskan demi memastikan negara ini terus #Berdaulat#Aman dan #Sejahtera.