Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.
YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri akan merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2024 yang akan berlangsung pada Selasa, 30 Julai 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Saksikan program Bicara Naratif yang membawa tajuk PERISAI KESELAMATAN NEGARA menampilkan YBhg. Tuan Hamzah Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara, JPM bersama-sama YBhg. Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA, MKN) malam ini jam 9.00 malam di saluran RTM TV1, Berita RTM dan juga di RTMKLIK.
Majlis Keselamatan Negara telah mengatur gerak bagi pengaktifan Operasi Gading/Lestari (0p Gading/Lestari) bagi mengekang penerokaan tanah secara haram di sekitar Cameron Highlands, Pahang.
Operasi ini dilaksanakan bagi memulihkan sumber air mentah terutamanya di Sungai Ichat yang tercemar teruk akibat penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian.
Dalam episod kali ini, kita akan membincangkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kita akan mengupas pengenalan IKK, metodologi pembangunannya, keunikannya berbanding indeks lain, serta bagaimana IKK dapat membantu merancang strategi keselamatan negara dan impaknya kepada pembangunan negara.
Sertai podcast Cerita 71 untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang peranan penting IKK dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara. Jangan ketinggalan!
Dengarkan episod baharu podcast Cerita 71 di platform:
Subscribe secara percuma podcast Cerita 71 bagi mengikuti perkembangan keselamatan negara, kupasan dasar-dasar keselamatan dan arah tuju hal-hal keselamatan.
Tunjukkan bakat kreativiti anda dan berpeluang memenangi hadiah menarik!
๐ฅ Tarikh: 15 Julai - 25 Julai 2024
Cara Penyertaan: โ Ikuti akaun TikTok rasmi Majlis Keselamatan Negara di @studiomkntv โ Buat video kreatif berkaitan tema #KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama โ Muat naik video anda dengan tanda pagar (hashtag) #videopendekMKN2024 โ Komen di video promosi ini letakkan nama akaun TikTok anda dan nama penuh anda sebagai penyertaan.
๐ Sertai sekarang! Serlahkan kecintaan kita kepada negara ๐ฒ๐พโจ
Dalam episod ini, kita akan meneroka sejarah hijrah Nabi Muhammad SAW dan bagaimana peristiwa ini memberikan pengajaran berharga tentang keselamatan dan kesejahteraan masyarakat. Kita akan membincangkan strategi keselamatan hijrah, pembentukan negara Islam di Madinah, pertahanan dan keselamatan, serta pembangunan ekonomi dan sosial. Dengarkan bagaimana prinsip-prinsip hijrah boleh diaplikasikan dalam konteks keselamatan negara moden untuk membentuk negara yang lebih aman dan sejahtera.
Dengarkan episod baharu podcast Cerita 71 di platform:
Subscribe secara percuma podcast Cerita 71 bagi mengikuti perkembangan keselamatan negara, kupasan dasar-dasar keselamatan dan arah tuju hal-hal keselamatan.