๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐๐ ๐๐ & ๐๐๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐
Ulangtahun Kemerdekaan Negara Ke 65 sangatlah signifikan dan bermakna untuk Malaysia yang kita cintai. Pada kemerdekaan kali ini, usaha memartabat serta menzahirkan kedaulatan negara melalui penentuan Zon Maritim Negara telah berjaya direalisasikan selepas negara mengambil masa selama 43 tahun untuk melaksanakannya.
Lebih teruja apabila saya sendiri telah mengetuai delegasi negara untuk hadir ke Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York untuk melaksanakan misi bersejarah ini bersama Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim , Kementerian Luar Negeri , Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional , Timbalan Ketua Bahagian 1, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains . Delegasi Malaysia yang diketuai saya sendiri telah menyempurnakan tindakan mendepositkan 158 Titik Pangkal Negara kepada The Division for Ocean Affair and the Law of the Sea (DOALOS), PBB. (PBB) di Ibu Pejabat PBB, New York tepat pada jam 11.15 pagi waktu New York pada 22 Julai 2022.
Sesungguhnya penzahiran titik pangkal ini adalah manifestasi langkah negara dalam mengukuhkan Zon Maritim Malaysia dan ia sudah pasti suatu langkah yang sangat bersejarah serta penting untuk negara.
Terima kasih kepada seluruh delegasi Malaysia yang berjaya menyempurnakan misi negara ini . Jasa pegawai yang terlibat sangat besar nilainya dan ia wajar dihargai oleh semua.
Moga Malaysia Terus Kekal Berdaulat, Aman dan Sejahtera
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐๐๐ค๐๐๐ง ๐๐ ๐๐!
#DKNmy#KeluargaMalaysia#TeguhBersama#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersamahttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02sB1yX5TVzKLxk3zED4iwAr2sCSGvtixGmMvUZ8HGecAJ42RFZxMSN4NJoMvMnpm4l&id=100021330615536