Nota Redza Zainol

Канал
Здоровый образ жизни
Образование
Семья и дети
Малайский
Логотип телеграм канала Nota Redza Zainol
@NotaRedzaZainolПродвигать
157,12 тыс.
подписчиков
166
фото
16
видео
419
ссылок
Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.
К первому сообщению
😰 Kenapa ada anak darjah 2 yang pandai main crush dan ajak couple?

🍁 Terpengaruh dengan video/ kartun yang mereka tonton.

🍁 Budaya crush & couple terlalu kerap diketengahkan dalam drama dan sosial media.

🍁 Peranan pempengaruh yang mengangkat budaya ini dalam video mereka, duduk serumah, pilih crush dan sebagainya.

🍁 Komunikasi yang lemah antara ibu bapa dan anak dalam isu seperti ini.

🍁 Tersebar budaya ‘pickup line’ sehingga anak-anak kecil menirunya di sekolah.

🍁 Terpengaruh dengan rakan sekolah. Ada yang mula berutus surat cinta walaupun darjah 1.

🍁 Tak diajar batas pergaulan sesama rakan dan tidak diajar tentang perasaan malu.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😊 5 perkara tentang anak lelaki usia 5-6 tahun

🍓 Memegang zakar adalah normal. Namun perlu ditegur dan dicegah agar tidak melakukan tabiat ini di tempat awam atau di tadika.

🍓 Bersedia menjawab soalan anak walau soalan itu bersifat taboo, sebagai contoh soalan berkaitan seksualiti.

🍓 Anak belum tahu tentang malu. Jadi perlu ajar pakai tuala di mana, tanggalkan pakaian di mana, mandi macam mana dan lain-lain.

🍓 Pengasingan tempat tidur.

Usia 5-6 tahun : Dah perlu ada bilik/ ruang sendiri.
• Tak lagi tidur bersama ibu ayah.
• Letak pakaian anak di situ, bersiap lepas mandi di situ.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😊 5 perkara yang anak usia 7 tahun perlu jaga bila dah mula bersekolah

🍓 Jaga adab sesama kawan. Jangan biarkan budaya ‘body shaming’ atau ejek mengejek berlaku.

🍓 Jangan benarkan rakan sentuh ‘private part’ walau sesama jantina (dada, bibir, punggung dan kemaluan).

🍓 Jaga tutur kata. Murid darjah 1, ada yang mencarut dan tunjuk jari tengah.

🍓 Mengadu kepada guru andai berlakunya buli (ejek-mengejek), sentuhan tidak selamat atau pertuturan kawan yang tak menyenangkan

🍓 Hargai dan jaga pensel, pemadam, pembaris, botol air yang dibeli oleh ibu bapa.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😄 Nak ajar anak kualiti diri yang lebih baik?

👉🏻 Cuti sekolah ni kita pilih sifat yang kita nak terapkan pada anak-anak. Contohnya:

• berdikari
• bercakap dengan sopan
• bekerjasama
• lebih bersabar
• kreatif

🍁 Pilih 1-2 sifat setiap minggu dan beritahu anak ini ialah latihan untuk minggu tersebut.

🍁 Beri komen baik bila anak menunjukkan sifat tu. Tak perlu beri komen negatif.

🍁 Boleh juga bagi anak peluang pilih sifat apa yang mereka sendiri nak perbaiki.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😍 Nak latih anak menjadi orang yang bertanggungjawab?

👉🏻 Adalah normal untuk anak diberi tugasan & tanggungjawab.

🍓 Perlu dipantau oleh orang dewasa.

🍓 Beri rutin yang perlu dibuat setiap hari.

🍓 Mula beri tugasan seawal usia 2 tahun. Contoh:
- kutip mainan sendiri
- letak baju kotor dalam bakul
- susun buku cerita di rak

🍓 Beri tugas mudah dan melibatkan “self care”.

🍓 Tambah tugasan bila anak semakin besar.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😥 Anak asyik bergaduh dengan adik beradik?

🍁 Pertama sekali kena tahu yang adik beradik yang masih kecil bergaduh tu selalu terjadi.

🍁 Jadi nasihatkan anak kita secara konsisten.

🍁 Jangan salahkan anak kita yang mulakan pergaduhan secara keterlaluan.

🍁 Elak guna emosi yang keterlaluan ketika leraikan pergaduhan.

🍁 Cuba cari penyebab sebenar anak kita bergaduh. Mungkin mereka sedang dahagakan perhatian kita

🍁 Elakkan ‘Favouritism’ pada anak.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Khas untuk keluarga Telegram saya. Ada berita baik!

🔥 Ingat lagi buku Teroka Sains 1: Menerokai Keajaiban Alam Ciptaan Tuhan yang viral tu dan terjual lebih 100,000 buah!

🔥 Ni saya nak bagitau, diorang buat promosi luar biasa. Kali ni diorang turunkan harga sampai RM10 je (harga asal rm35).

🔥 Harga memang mampu milik sebab niat sahabat saya, penulis buku Teroka Sains ni memang nak semua orang mampu memiliki buku ini.

🔥 Saya memang recommend buku Teroka Sains 1 ni. Bukan sahaja dah banyak membantu anak-anak minat Sains dan membaca, malah kita mak ayah pun enjoy baca sekali.

🔥 Memang banyak fakta sains tentang alam ciptaan Allah yang jarang kita dengar dikongsi dalam buku Teroka Sains 1 ni.

🔥 Memang rugi kalau tak beli sekarang. Harga dah murah tu.

🔥 Stok tak banyak dah tu sebab semua berebut nak grab harga luar biasa ni.

WhatsApp sini sekarang 👉 https://bit.ly/NakBeliTerokaSains1

atau

terus ke website 👉 www.terokasains.com

#TerokaSains
😍 Nak anak rasa lebih disayangi?

👉🏻 luangkan masa sebelum anak tidur malam dengan pilihan aktiviti ini:

🍓 Peluk dan cium anak
🍓 Bersembang kosong
🍓 Bacakan 1 malam, 1 fakta sains
🍓 Ceritakan kisah para Nabi dan orang soleh
🍓 Bacakanlah doa dan ayat Al Quran

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😍 Nak bina bonding yang rapat dengan anak?

Masa si kecil kita tu tengah bermain, cuba guna 2 teknik ni:

😉 TIRU
• Anak kita main masak-masak, kita pun tiru.

• Anak tengah belek buku sambil berimaginasi, kita layankan sekali. Itu akan buatkan dia rasa kita sangat suka dengan permainan dia.

😄 PUJI
• Puji pada perkara positif yang dia lakukan semasa bermain.

• Contohnya: “Wah! Rajinnya kakak bagi susu pada toys ni."

Dengan anak memang kena berdrama tau. Barulah anak fikir kita seronok bersama dia.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Belajar tentang Rasul, tokoh dan hero Islam dalam bentuk animasi & rancangan mesra kanak kanak.

Belajar bersama :
1. Aqil The Story
2. Saladin ( Bahagian 3 )
3. Hero Islam
4. Bilal The Movie
5. Ibn Battuta
6. Sirah Para Rasul
7. The Little Believers
8. The Journey
9. Men Around The Prophet

Membentuk anak yang beriman, berakhlak dan berilmu bersama platform video selamat, Durioo+.

Atas permintaan ramai, pakej 1 dan 3 bulan pun ada di :
👉🏻 https://bit.ly/JomDurioo
😥 Anak hilang keyakinan diri apabila

🍓 kita kerap memalukan anak atas kesilapan yang dilakukan di hadapan ahli keluarga yang lain

🍓 menghukum anak tapi tak ajar anak perkara yang betul

🍓 terlalu fokus pada kesilapan/ kelemahan anak berbanding fokus pada kelebihan/kekuatan anak

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😑 Anak tak kemas semula selepas sepahkan mainan?

👉🏻 Anak sebenarnya boleh masukkan barang dengan cekap ke dalam bekas seawal usia 18 bulan.

Boleh guna tips ini,

🍁 Setiap jenis permainan ada tempat simpanan tersendiri.

🍁 Guna bag ziplock atau bekas yang lutsinar untuk simpan mainan.

🍁 Main mainan hanya di tempat tertentu seperti bilik mainan dan ruang tamu.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😩 Nak elak adik beradik bergaduh?

🍓 Sediakan waktu One-on-One.
• Setiap hari, cari minima 10 minit untuk duduk berdua dengan setiap anak.

🍓 Boleh borak tentang dirinya.
• Tak perlu borak tentang adik beradik yang lain.

🍓 Ajak anak main permainan kegemarannya. Biar dia yang pilih dan kita join je.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😘 Bila nak cium dan peluk anak?

🍓 Sebelum masuk tidur
🍓 Selepas bangun tidur
🍓 Anak hendak pergi ke sekolah
🍓 Anak pulang dari sekolah
🍓 Momen istimewa dan gembira anak
🍓 Masa anak tengah marah, sedih atau kecewa
🍓 Semasa anak melakukan kebaikan

Pelukan dapat turunkan hormon stress (cortisol) dan naikkan hormon bahagia (oxytocin).

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😊 Perkembangan kanak-kanak usia 2 tahun

🍓 Boleh menyebut minima 50 perkataan yang bermakna

🍓 Mula gabung 2 perkataan dalam 1 ayat. Contoh : “Nak susu”.

🍓 Tunjuk kepada 6 anggota badan.

🍓 Boleh faham 2 arahan mudah dalam 1 ayat. Contoh: “Ambil tuala, letak dalam bakul”.

🍓 Boleh pakai selipar sendiri.

🍓 Bermain berdekatan dengan kanak-kanak lain tapi masih belum main bersama.

#NotaRedzaZainol
#PetahBercakap
Ещё