Nota Redza Zainol

#DidikAnak
Канал
Здоровый образ жизни
Образование
Семья и дети
Малайский
Логотип телеграм канала Nota Redza Zainol
@NotaRedzaZainolПродвигать
157,12 тыс.
подписчиков
166
фото
16
видео
419
ссылок
Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.
🥵 “Kenapa anak kau ni belum pandai bercakap lagi? Tengok anak jiran tu, dah pandai cakap.”

👉🏻 Selalu sangat mak ayah mengadu pada saya yang anak mereka asyik dibandingkan dengan sepupu atau jiran.

Jika anak ada perkembangan yang lambat,

1️⃣ Elak bandingkan setiap anak

2️⃣ Elak terburu-buru memberi diagnosis anak

3️⃣ Usahakan supaya anak bermain dengan mak ayah atau dengan kanak-kanak lain

4️⃣ Elak bertanya banyak soalan pada anak ketika dia bermain.

5️⃣ Dapatkan bantuan profesional.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Anak lelaki juga ada emosi.

👉🏻 sebab tu kita perlu usaha untuk didik anak lelaki supaya boleh capai 5 perkara ini:

🍓 Boleh mengurus tekanan emosi dengan cara yang sihat.

🍓 Rasa selesa berkongsi emosinya dengan mak ayah.

🍓 Berani berdepan dengan masalah dan bukan lari dari masalah.

🍓 Komited kekalkan hubungan yang sihat dengan pasangannya.

🍓 Hormat pada semua wanita terutama pada ibu sendiri.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Anak dah capai akil baligh? Ini 5 nasihat untuk anak kita.

🍓 Ketahuilah yang kitab amalanmu sudah dibuka. Semua dosa dan pahala akan dicatat.

🍓 Solat itu wajib, jangan tinggalkan walaupun 1 waktu solat.

🍓 Belajar untuk sempurnakan wuduk.

🍓 Kini sudah sampai untuk anakku menjaga maruah diri. Ada rasa malu dan tahu nilai diri sendiri.

🍓 Jagalah batasmu dengan yang berlainan jantina.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😱 Anak suka ikuti konten “Influencer” di sosial media?

Mak ayah wajib sekat :

🍓 influencer yang promosi LGB*

🍓 influencer yang guna perkataan mencarut.

🍓 influencer yang mengenakan pakaian & perhiasan yang tak sesuai ikut jantina.

🍓 influencer yang buat lawak lucah.

Fitnah akhir zaman makin jelas. Semoga Allah lindungi anak-anak kita.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Betul ke anak boleh belajar semua perkara dengan sendiri?

Ini antara mindset yang salah dalam mendidik anak.

"Tak kan la benda ni pun tak tahu!"

"Dah besar mestilah dah tahu!"

🍓
Bila anak semakin besar, ada perkara baru yang perlu diajar.

🍓
Sebab tu, jangan dibiar anak yang semakin besar dengan anggapan dia akan tahu dengan sendiri.

🍓 Kita tetap perlu ajar selok belok untuk anak menjadi manusia yang berguna.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🥰 Dah belajar cara komunikasi yang betul dengan anak kecil?

👉🏻 Komunikasi perlu sesuai dengan umur anak.

🍓 Anak pada peringkat usia berbeza, mempunyai tahap pemahaman yang berbeza.

🍓 Anak usia 2 tahun tak suka dipaksa tapi sangat bekerjasama kalau kita berkomunikasi seperti sedang bermain dengan dia.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
😢 Rugi jika ayah tak menjadi insan yang rapat dengan anak.

🍁 Bagi anak perempuan, ayah adalah gambaran awal bagaimana dia melihat seorang lelaki.

🍁 Bagi anak lelaki, ayah ialah contoh untuk dia menjadi seorang pemimpin.

🍁 Maskulin seorang ayah tak dilihat pada kerasnya sifat atau tingginya nada suara atau kuatnya hentakan tangan.

🍁 Bukan juga dengan diam yang sunyi di dalam rumah.

Sehingga anak takut untuk menyebut, “Saya sayang ayah.”

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
😍 Nak tingkatkan keyakinan diri anak?

Cuba kita guna 4 ayat ini:

🍓 “Adik bukan tak pandai, cuma adik belum cuba.”

🍓 “Tak tahu tak apa. Yang penting, jangan takut cuba.”

🍓 “Jom papa tunjukkan caranya.”

🍓 “Ibu percaya kakak boleh buat.”

InsyaAllah anak rasa lebih yakin, lebih bersemangat.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥵 Anak kecil dah ada gajet sendiri?

👉🏻 Gajet umpama pintu kepada banyak dunia. Salah pintu yang dibuka, maka salahlah dunia yang bakal anak teroka.

🍓 Kalau nak bagi anak guna gajet, pastikan pantau sebaiknya.

🍓 Kalau beri gajet, pastikan:

kita sudah ada bonding yang erat dengan anak.

perkembangan bahasa anak baik dan tak ada isu sensori.

Kemahiran motor, kognitif, dan emosi selari dengan perkembangan usia.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😢 Kita bingung kenapa hubungan dengan anak semakin jauh?

👉🏻 Terkejar-kejar rutin harian yang sangat padat, kita hilang momen untuk berbual dengan anak.

Dialog yang patutnya ada di rumah, di padang permainan dan di dalam kenderaan, diganti dengan kesunyian atau bebelan.

🍓 Kita tak sempat perasan kelebihan dan kebaikan anak.

🍓 Kita tak perasan keperluan anak.

🍓 Kita tak peka dengan bahasa tubuh anak.

Hubungan boleh dibaiki dan masa yang terbaik untuk perbaiki ialah sekarang.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😥 Ayah tak bercakap dengan anak-anak?

🍓 Bahkan, ada ayah yang menganggap berbual dengan anak itu adalah perkara terakhir yang mahu dilakukan.

🍓 Bila berbual terasa kekok, anak akan gantikan ayah dengan kawan yang lebih mesra.

🍓 Tanpa skil berbual, segala mesej yang ayah cuba sampaikan mungkin diterima anak dalam bentuk leteran semata.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😍 Nak borak apa ya dengan anak?

🍓 Tanya selalu bermain dengan siapa di tadika/ sekolah

🍓 Tanya apa aktiviti kegemaran anak di rumah pengasuh/ tadika/ sekolah

🍓 Cerita pengalaman kita semasa kita kecil dulu

🍓 Tanya lebih lanjut tentang aktiviti kegemaran dia

🍓 Apa subjek kegemaran anak

🍓 Subjek apa yang anak tak minat

Bukan anak je kena biasakan diri bercakap dengan mak ayah. Kita pun kena biasakan berborak dengan anak.

Kalau tak, dah dewasa nanti memang terasa janggal walaupun pernah duduk serumah
.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Ещё