Nota Redza Zainol

Канал
Здоровый образ жизни
Образование
Семья и дети
Малайский
Логотип телеграм канала Nota Redza Zainol
@NotaRedzaZainolПродвигать
157,1 тыс.
подписчиков
166
фото
16
видео
419
ссылок
Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.
К первому сообщению
🥵 ‘Red Flag’ anak usia 3 tahun

🚩 Red Flag 1
• Masih belum boleh sebut, “nak makan nasi”, “nak minum air”.

Anak usia 3 tahun sepatutnya boleh mula gabung 3 perkataan dalam 1 ayat untuk membina ayat yang lengkap.

🚩 Red Flag 2
• Hanya hafalan dari apa yang dia dengar di TV dan belum ada komunikasi berfungsi.

Usia 3 tahun sepatutnya boleh bercerita pendek berkaitan apa yang berlaku di dalam rumah dan apa yang dilihat di sekitarnya.

#NotaRedzaZainol
#PetahBercakap
😍 Nak anak petah bercakap?

👉🏻 Dalam kajian yang dilakukan oleh FIRST WORD PROJECT, adalah penting untuk kita pastikan anak ada minima 16 ‘gesture’ harian ketika usia 16 bulan.

Contohnya:
🍓 Salam
🍓 Flying kiss
🍓 Geleng kepala
🍓 Muka terkejut
🍓 High-5

Ini adalah antara gesture harian yang anak perlu kuasai yang menjadi asas untuk anak bercakap nanti.

#NotaRedzaZainol
#PetahBercakap
🤔 Perlu ke kita dengar bila anak bercerita tentang masalahnya?

👉🏻 Jawapannya perlu.

🍓 Jadikan rumah kita selamat untuk perkembangan emosi anak.

🍓 Kalau kita menidakkan emosi anak kecil untuk masalah kecil, mereka tak akan datang kepada kita untuk berkongsi masalah yang lebih besar.

🍓 Sediakan bahu kita sebagai tempat paling selamat untuk anak menangis. Supaya anak tak perlu cari bahu orang luar bila dalam kesusahan.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
❤️ Nak beri kata sokongan pada anak?

🍁 “Papa ambil berat tentang perkara yang abang fikirkan.”

🍁 “Kakak buat yang terbaik. Itu dah mencukupi.”

🍁 “Tak kira apa pun berlaku, mama tetap sayang kakak.”

🍁 “Ayah bangga dengan kamu.”

Express your love, we can’t read minds.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pada ibu ayah yang nak menyambung langganan Durioo+, boleh gunakan link ini
👉🏻 https://bit.ly/JomDurioo

Atas permintaan ramai, sekarang dah boleh langgan pakej 1 bulan atau 3 bulan.
🥵 Risau melihat anak-anak asyik berkelahi?

👉🏻 Cuba buat 4 perkara ni untuk eratkan hubungan antara anak:

We time

Cari masa duduk sekali. Tonton bersama gambar atau video zaman anak-anak masih kecil dan mesra.

Special Time

Ambil giliran untuk luang masa dengan anak secara berasingan.

Sebut yang baik & positif

Amalkan untuk sentiasa sebut perkara baik tentang anak-anak.

"Mama suka tengok abang berkongsi mainan dengan adik."

Doa

Doa moga Allah satukan hati anak-anak kita.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
PERTUSIS (BATUK KOKOL)

👉🏻 Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.

🍁 Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung, tekak & tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.

🍁 Bayi dan kanak-kanak tanpa imunisasi lengkap paling berisiko dijangkiti termasuk golongan rentan dan rendah imuniti.

🍁 Gejala pertussis adalah batuk selama 1 - 2 minggu yang boleh berlarutan sehingga 2 bulan.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😍 Anak kecil sedang bermain dengan kereta mainan?

Anak sebenarnya sedang:

🍓 belajar fokus
🍓 belajar berimaginasi
🍓 belajar membina cerita
🍓 belajar yang setiap aktiviti bermain ada permulaan, pertengahan dan penghujungnya.

Kurangkan ganggu fokus anak ketika mereka sedang ralit bermain.

Tempoh fokus mereka tak lama pun. Formula daya fokus anak :

Usia (1 tahun) x (2 hingga 5 minit)
= 2 - 5 minit

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😰 Mak ayah kurang menyentuh anak?

👉🏻 Kita semakin kurang menyentuh anak secara fizikal apabila:

🍁 Anak dah tak menyusu badan atau susu botol

🍁 Ada anak baru dilahirkan di dalam keluarga kita

🍁 Anak meningkat remaja

Bayi sangat memerlukan:

• sentuhan fizikal dari 2-3 orang paling rapat.

• pergerakan dihayun perlahan, diangkat dan dibawa berjalan sekeliling

• pandangan mata, senyuman dan suara bercakap mak ayah

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😍 Nak anak kecil lancar sebutan perkataan & petah bercakap?

🍓 Cerita pada anak apa yang kita sedang lakukan. Contoh: Mama masak. Papa makan.

🍓 Guna perkataan yang mudah dan ringkas.

🍓 Elakkan guna “baby talk”.

🍓 Ulang semula perkataan yang anak kita sebut dan perbaiki sebutannya.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😍 Nak didik anak sulung?

🍁 Ada ibu ayah pada hari ini terlalu fokus pada mendidik anak (child-centric).

🍁 Sehingga terlupa bahawa perkara pertama dalam mendidik anak adalah dengan fokus pada mendidik diri (parent-centric) terlebih dulu.

🍁 Teknik parenting yang terbaik adalah dengan memberi 70% fokus pada mengubah diri dan 30% fokus pada mengubah anak-anak.

#NotaRedzaZainol
#didikanaksulung
😰 Tak tahu nak mula didik anak dari mana?

👉🏻 Mulai hari ini, mulakan asuhan dan didikan mak ayah semua pada 2 perkara paling penting ini :

1. Self-parenting

- didik diri sendiri
- ubah diri sendiri
- belajar ilmu parenting
- ubati trauma emosi diri sendiri

2. First-born parenting

- belajar didik anak sulung
- belajar urus anak sulung
- belajar holistic parenting pada anak sulung

Kenapa anak sulung?

Kerana anak sulung adalah benchmark & faktor kejayaan pada cara didikan dan asuhan kita pada seluruh anak anak kita.

#didikanaksulung
😍 5 Cara Bahagiakan Anak Sulung

🍁 Elak letak harapan terlampau tinggi

🍁 Bagi anak peluang buat silap

🍁 Jangan terlalu bebankan dia

🍁 Sayang sama rata walaupun dia paling tua

🍁 Jangan terlalu hukum dia atas kesilapan adik adiknya

Ini petikan daripada Ebook Formula Didik Anak Sulung.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnakSulung
❤️ 4 sebab anak sulung wajib dididik dengan baik

1. Anak sulung sumber inspirasi adik beradik yang lain

2. Adik adik suka ikut perangai kakak & abang sulungnya

3. Sifat leadership dia tinggi dan dia boleh pengaruhi anak yang lain

4. Arahan dan nasihat oleh anak sulung kadang lebih didengari adik adiknya

#NotaRedzaZainol
#DidikAnakSulung
😭 Anak sulung paling terluka dengan kita?

👉🏻 Anak sulung paling terluka sebab dia ada ketika kita paling struggle dengan diri & pasangan di awal perkahwinan kita.

Antara cara nak ubati trauma pada anak sulung adalah buat 3 rutin Unconditional Love ini :

🍓 Peluk dia setiap pagi
🍓 Jaga hubungan hati dgn dia
🍓 Terima kelemahan anak sulung seperti mana dia terima kelemahan kita satu ketika dulu

Jom sama sama jadi ibu dan ayah yang terbaik buat anak anak kita 💪

#NotaRedzaZainol
#didikanaksulung
😍 Kenapa guna bunyi ‘Sshhh’ untuk tenteramkan bayi?

👉🏻 Pasukan terawal yang mengkaji bunyi rahim menjelaskan:

• bunyi rahim ibarat apabila kita merendam kepala ke dalam tab mandi yang penuh dengan pili air yang masih mengalir

• ia simbolik peredaran darah ibu yang tak berhenti ke jutaan kapilari darahnya

• maka kita akan mendengar bunyi alunan deras ibarat ‘Shhhh’

Satu lagi alternatif ialah dengan menggunakan’White noise’.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
☺️ Nak tenteramkan dan tidurkan bayi dengan cepat?

👉🏻 Gunakan Teknik Cuddle Cure. Ada 5 langkah:

🍁 Bedung dengan kemas.

🍁 Pegang bayi mengiring/meniarap dengan betul.

🍁 Buat bunyi Ssshing. Pastikan sama kuat atau lebih kuat dari jeritan tangisan anak anda.

🍁 Hayun bayi ketika melakukan kesemua aksi ni.
• Hayunan bertenaga semasa bayi masih mengamuk
• Hayunan lembut setelah bayi reda.

🍁 Jika bayi masih tak diam, tambah apa-apa elemen hisapan: payudara ibu / puting / jari bersih ibu.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😥 Mak ayah selalu biarkan bayi anda berjaga lebih masa?

👉🏻 Kesannya bayi akan menjadi “Overtired”.

🍓 Asyik mengamuk setiap kali nak tidur.
🍓 Bayi susah nak tidur sebab nampak macam ‘bertenaga’.
🍓 Ulang tidur dan terjaga berkali-kali sebelum dapat tidur dengan lena.
🍓 Susah di tenangkan setiap kali terjaga di antara waktu tidur.

Sebab tu penting untuk mak ayah tahu tentang had masa berjaga yang sesuai dengan usia anak.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
Jemput follow Threads saya di 👉🏻 https://www.threads.net/@drredzazainol
Ещё