Nota Redza Zainol

#Newborn
Канал
Здоровый образ жизни
Образование
Семья и дети
Малайский
Логотип телеграм канала Nota Redza Zainol
@NotaRedzaZainolПродвигать
157,1 тыс.
подписчиков
166
фото
16
видео
419
ссылок
Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.
PERTUSIS (BATUK KOKOL)

👉🏻 Batuk kokol adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.

🍁 Bakteria ini menjangkiti mulut, hidung, tekak & tersebar melalui udara ketika pesakit bersin atau batuk.

🍁 Bayi dan kanak-kanak tanpa imunisasi lengkap paling berisiko dijangkiti termasuk golongan rentan dan rendah imuniti.

🍁 Gejala pertussis adalah batuk selama 1 - 2 minggu yang boleh berlarutan sehingga 2 bulan.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😍 Kenapa guna bunyi ‘Sshhh’ untuk tenteramkan bayi?

👉🏻 Pasukan terawal yang mengkaji bunyi rahim menjelaskan:

• bunyi rahim ibarat apabila kita merendam kepala ke dalam tab mandi yang penuh dengan pili air yang masih mengalir

• ia simbolik peredaran darah ibu yang tak berhenti ke jutaan kapilari darahnya

• maka kita akan mendengar bunyi alunan deras ibarat ‘Shhhh’

Satu lagi alternatif ialah dengan menggunakan’White noise’.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
☺️ Nak tenteramkan dan tidurkan bayi dengan cepat?

👉🏻 Gunakan Teknik Cuddle Cure. Ada 5 langkah:

🍁 Bedung dengan kemas.

🍁 Pegang bayi mengiring/meniarap dengan betul.

🍁 Buat bunyi Ssshing. Pastikan sama kuat atau lebih kuat dari jeritan tangisan anak anda.

🍁 Hayun bayi ketika melakukan kesemua aksi ni.
• Hayunan bertenaga semasa bayi masih mengamuk
• Hayunan lembut setelah bayi reda.

🍁 Jika bayi masih tak diam, tambah apa-apa elemen hisapan: payudara ibu / puting / jari bersih ibu.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😥 Mak ayah selalu biarkan bayi anda berjaga lebih masa?

👉🏻 Kesannya bayi akan menjadi “Overtired”.

🍓 Asyik mengamuk setiap kali nak tidur.
🍓 Bayi susah nak tidur sebab nampak macam ‘bertenaga’.
🍓 Ulang tidur dan terjaga berkali-kali sebelum dapat tidur dengan lena.
🍓 Susah di tenangkan setiap kali terjaga di antara waktu tidur.

Sebab tu penting untuk mak ayah tahu tentang had masa berjaga yang sesuai dengan usia anak.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😍 Bila nak mula latih bayi tidur berdikari?

👉🏻 ‘Sleep Training’ bermula pada usia 4 bulan.

🍁 Cara paling berkesan untuk tenangkan dan buat bayi usia 4 bulan ke atas lena ialah bila bersama ibu ayahnya, mereka:

🍓 berpeluk
🍓 berdukung
🍓 berdodoi
🍓 mengempeng

Ini kerana bayi 'infant' telah tidur di dalam rahim selama 9 bulan kandungan.

Maka inilah punca mengapa bayi manusia mudah tenang dan lena bila mendapat sentuhan badan manusia (skin to skin).

#NotaRedzaZainol
#Newborn
☺️ Nak tenteramkan dan tidurkan bayi dengan cepat?

👉🏻 Gunakan Teknik Cuddle Cure. Ada 5 langkah:

🍁 Bedung dengan kemas.

🍁 Pegang bayi mengiring/meniarap dengan betul.

🍁 Buat bunyi Ssshing. Pastikan sama kuat atau lebih kuat dari jeritan tangisan anak anda.

🍁 Hayun bayi ketika melakukan kesemua aksi ni.
• Hayunan bertenaga semasa bayi masih mengamuk
• Hayunan lembut setelah bayi reda.

🍁 Jika bayi masih tak diam, tambah apa-apa elemen hisapan: payudara ibu / puting / jari bersih ibu.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
🥰 Bayi dah mula tenung wajah ibu?

👉🏻 ‘Eye contact’ terbentuk sejak bayi berusia 3-6 minggu.

🍓 Anak yang masih tak ada ‘eye contact’ pada usia 10-12 bulan dianggap sebagai RED FLAG.

🍓 Sewaktu menyusukan bayi, ini antara masa terbaik untuk galakkan eye contact & komunikasi dengan anak.

🍓 Dari eye contact, bayi belajar tentang mimik muka, ekspresi wajah dan juga emosi.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😣 Letih menjaga bayi anda yang kuat menangis?

Bayi colic memenuhi kesemua ‘Peraturan 3’ (Rules of 3) iaitu:

🍓 Mula kuat menangis seawal usia 3 minggu.

🍓 Menangis antara 3 - 5 jam dalam sehari, 3 hari dalam seminggu untuk 3 minggu berturut-turut.

🍓 Selalunya akan menjadi lebih baik selepas usia 3 bulan.

• Bayi yang bukan colic menangis sekitar 2 jam dalam sehari. Sebab tu bayi colic di gelar ‘juara’ bayi menangis.

• Bayi boleh ditenangkan dan tidur dengan elok jika mak ayah tahu cara yang berkesan iaitu tenangkan dan tidurkan cara ala rahim.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
☺️ Dapat rezeki bayi yang ‘High Demand’?

👉🏻 Setiap bayi sangat unik. Ada bayi yang ‘easygoing’, ada yang ‘high demand’.

🍁 3 bulan pertama usia anak, tangisan itu ialah refleks.

🍁 Maksudnya anak tak berfikir sebelum menangis. Bila keperluan asasnya tak dipenuhi, maka bayi akan menangis.

🍁 Untuk tenangkan anak, boleh saja gunakan:
• bedung
• white noise
• buaian
• puting

Kalau bayi tak perlukan semua ‘props’ di atas, pun tak apa. Memang ada bayi yang boleh ditenangkan atau ditidurkan terus tanpa bantuan alatan.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😰 Bayi terkena ruam lampin?

Boleh gunakan tips ni :

Kerap tukar lampin bila lampin basah atau kotor.

Cuci terus punggung bayi setiap kali tukar lampin.

Cuci dengan air yang mengalir, dari arah hadapan ke belakang.

Sapu krim pelindung setiap kali tukar lampin. Contohnya Drapolene atau krim zinc oxide.

Elakkan guna bedak talkum. Ia mungkin ada bahan yang boleh pedihkan kulit bayi. Kedua, bedak boleh galakkan pertumbuhan bakteria dan kulat bila bercampur dengan air kencing dan najis.

Lap punggung bayi perlahan-lahan setelah mandi. Pedih tu.

Elakkan guna tisu lembab bayi yang ada alkohol dan pewangi.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😍 Tips bayi selamat di tempat tidur

🍓 Gunakan tilam yang rata dengan cadar yang ketat

🍓 Tak perlu bantal tebal, selimut atau anak patung di tempat tidur

🍓 Jauhkan dari asap rokok/vape

🍓 Pastikan suhu bilik tak terlalu panas

🍓 Biarkan bayi tidur dalam keadaan terlentang.

🍓 Guna pakaian yang nipis dan ringan

🍓 Tak digalakkan untuk tidur bersama anak di katil, sofa atau kerusi. Banyak kes penjaga terlepas bayi dari pangkuan ketika tertidur.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😊 Amalan yang baik diamalkan jika ada bayi di rumah

👾 Simpan 1 termometer di rumah.

👾 Urut belakang dan cuba sendawakan bayi selepas menyusu.

👾 Maklumkan pada klinik kesihatan selepas isteri bersalin dan discaj dari hospital. Jururawat akan datang ke rumah untuk memeriksa kesihatan isteri dan anak secara percuma.

👾 Buat aktiviti ‘Tummy Time’ pada bayi.

👾 Ambil gambar atau video anak jika timbul keadaan yang luar biasa.

• Contohnya, ruam kulit, warna najis berbeza, warna muntah yang mencurigakan.

👾 Simpan ubatan orang dewasa di tempat yang jauh dari jangkauan anak.

#NotaRedzaZainol
#Newborn
😊 Bercadang untuk hamil lagi?

👉🏻 Untuk wanita yang sihat dan bercadang nak mengandung lagi, disarankan untuk ambil asid folik (0.4mg) selama 3 bulan sebelum mengandung.

👉🏻 Disarankan juga untuk sambung pengambilan asid folik untuk 3 bulan pertama semasa hamil.

Ini ikhtiar kita untuk mencegah masalah ‘neural tube defect’ seperti Anencephaly pada bayi.

#NotaRedzaZainol
#Newborn