Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan termasuk gerakan-gerakan keselamatan, ketenteraman awam dan perkara-perkara melibatkan keselamatan.
YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri akan merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2024 yang akan berlangsung pada Selasa, 30 Julai 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Saksikan program Bicara Naratif yang membawa tajuk PERISAI KESELAMATAN NEGARA menampilkan YBhg. Tuan Hamzah Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan), Majlis Keselamatan Negara, JPM bersama-sama YBhg. Ir. Dr. Megat Zuhairy Megat Tajuddin, Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA, MKN) malam ini jam 9.00 malam di saluran RTM TV1, Berita RTM dan juga di RTMKLIK.
Majlis Keselamatan Negara telah mengatur gerak bagi pengaktifan Operasi Gading/Lestari (0p Gading/Lestari) bagi mengekang penerokaan tanah secara haram di sekitar Cameron Highlands, Pahang.
Operasi ini dilaksanakan bagi memulihkan sumber air mentah terutamanya di Sungai Ichat yang tercemar teruk akibat penerokaan tanah secara haram bagi tujuan pertanian.
Dalam episod kali ini, kita akan membincangkan Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kita akan mengupas pengenalan IKK, metodologi pembangunannya, keunikannya berbanding indeks lain, serta bagaimana IKK dapat membantu merancang strategi keselamatan negara dan impaknya kepada pembangunan negara.
Sertai podcast Cerita 71 untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang peranan penting IKK dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara. Jangan ketinggalan!
Dengarkan episod baharu podcast Cerita 71 di platform:
Subscribe secara percuma podcast Cerita 71 bagi mengikuti perkembangan keselamatan negara, kupasan dasar-dasar keselamatan dan arah tuju hal-hal keselamatan.