🥰Nak baiki hubungan dengan anak?
Mudah caranya, cuma kita perlu berlatih selalu supaya reaksi kita lebih spontan.
🍓Fokus dan mendengar semasa anak bercerita.
🍓Tak perlu tanya banyak soalan kepada anak.
🍓Guna semula perkataan utama yang anak sebut ketika meluah/bersembang.
Contoh :
Anak : Kakak sedih.
Mama : Mama pun nampak yang kakak sedih. Cuba cerita apa yang jadi?
Si ibu guna semula perkataan SEDIH yang anaknya sebut.
Inilah langkah awal untuk “validate” perasaan anak.
#NotaRedzaZainol
#DidikAnak