Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan portal rasmi mpox (mpox.moh.gov.my) untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan mpox kepada orang awam dan petugas kesihatan.
Orang ramai boleh merujuk kepada portal tersebut untuk memastikan info yang dikongsi adalah tepat dan benar.
Perspektif Pakar Mpox 📌 Apakah itu mpox? Clade 1 dan Clade 2? 📌 Bagaimanakah penyakit mpox ini merebak? 📌 Apakah gejala mpox? 📌 Bagaimanakah ujian saringan dilakukan untuk mengesan mpox? Anda tanya, pakar jawab. Dengarkan ulasan lanjut oleh Dr. Khairil Erwan Khalid, Pakar Perunding Perubatan Penyakit Berjangkit daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL). #KKMPrihatin #KKMSihat #MalaysiaMADANI #PerspektifPakar #AndaTanyaPakarJawab
Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan ➡ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin ➡ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul ➡ Jaga kebersihan diri dan persekitaran ➡ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan ➡ Gunakan tisu untuk membuang kahak ➡ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala ➡ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat
Institut Penyelidikan Klinikal, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan Kajian Kecenderungan Tarikan Mesej Saringan Kanser Payudara : Kajian Rentas Masa Di Malaysia. Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna media sosial mengenai mesej bagaimanakah yang lebih menarik dan mudah difahami oleh wanita bagi menggalakkan mereka menjalani saringan pemeriksaan kanser payudara.
Mpox (yang dahulunya dikenali sebagai monkeypox) ialah penyakit yang disebabkan oleh virus monkeypox (MPXV) daripada famili Poxviridae. Pada masa ini, lazimnya jangkitan berlaku daripada manusia kepada manusia melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox. Terdapat dua (2) jenis clade virus monkeypox (MPXV) yang diketahui boleh menyebabkan mpox iaitu clade I dan clade II. #KKMSihat #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI
Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?
Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.
Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.
Tanda jangkitan mpox adalah ruam dan lepuh di badan, terutamanya di muka, tapak tangan dan tapak kaki. Pesakit juga boleh mengalami demam, keletihan, sakit kepala, sakit otot, sakit belakang dan bengkak kelenjar limfa.
Golongan yang berisiko untuk penyakit mpox yang teruk ialah kanak-kanak, ibu mengandung dan pesakit yang mempunyai tahap imun yang rendah. Pesakit boleh mengalami komplikasi jangkitan seperti lesi pada kornea, radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.