Semasa tengah sibuk membungkus minyak zaitun terpaaaling asli P, isteri saya kata, mesti berjaya habis cepat minyak zaitun ni. Saya tanya, kenapa?
Isteri saya kata sebab Che (emak saya) seronok sangat tengok kamu menjual, mesti dia doakan habis cepat semua minyak tu.
Saya terus tersenyum. Semalam Kak Nada menghantar gambar Che memikul bubble wrap yang dibeli di Melaka, diangkut ke Bangi kemudian Che membantu pula kami membungkus sehingga lewat malam. Alhamdulillah, memang sokongan Che dan Abilah yang menjadikan kami berupaya bangkit dan terus berjuang sehingga hari ini.
Tak lupa juga sokongan kalian yang membeli apa sahaja yang saya niagakan walaupun kadang-kadang lambat dipos sebab kami bersilat di antara tugas hakiki dan kerja sampingan berniaga. Apa pun semua minyak zaitun yang dibeli sehingga 5hb November telah kami pos, yang dibeli selepasnya termasuk hari ini akan kami pos pada hari Selasa.
Tinggal sekitar 120 botol saja tau! Rupanya memang ramai yang tahu khasiat minyak zaitun asli P ni sampai mudah sangat dijual. Kalian yang masih nak dapatkan klik saja sini
ezy.la/PalestinOliveOil
Oh ya, berita gembira untuk orang Bangi! Hari ni dan esok boleh pickup di Bangi (dan sebahagian di Jasin, Melaka - ada 6 botol) tau, boleh jumpa Che sebab Che yang akan bagi nanti.
Beli di link atas tu, pilih pickup dan mesej no customer service untuk lokasi. Pick up pada Sabtu (hari ini) jam 3.30pm - 6pm dan esok Ahad 10/11/24, jam 11am - 1pm dan 2.30pm - 5pm.
100 botol saja berbaki, dapatkan di
ezy.la/PalestinOliveOil cepat!