Kementerian Kesihatan di Gaza
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-422
▪️ Rejim Zionis melancarkan 6 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 47 syahid manakala 108 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 44,429 syuhada dan 105,250 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
1 Disember 2024
#infosemasa
@infosemasaofficial