๐ ๐๐ฌ๐๐ง ๐ก๐๐๐๐ฌ๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐๐๐จ๐ง ๐๐๐ง๐๐ ๐จ๐๐๐ก ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐๐๐ง๐๐
.
๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐๐๐ง๐๐ , ๐ฎ๐ฏ ๐ก๐ผ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ โ Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) seorang nelayan tempatan jatuh laut dari vessel telah ditemukan di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam pada jam 10.45 pagi semalam.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat awal dari Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor mengenai aduan insiden kejadian.
Mangsa Chia Hap Swa, seorang lelaki berbangsa Cina, 59 tahun, dilaporkan jatuh laut di posisi lebih kurang tujuh batu nautika Tenggara Pulau Ketam pada sekitar jam 9.30 pagi pada hari Khamis lalu.
Berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa turun ke laut bersama rakan untuk menangkap ikan sebelum disedari terjatuh daripada vessel dan dipercayai lemas dibawa arus.
Bertindak atas maklumat, dua aset Maritim Malaysia iaitu bot PENGGALANG 10 dan PENGGALANG 31 telah diatur gerak ke lokasi bersama aset Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah dan bantuan komuniti nelayan tempatan untuk melakukan pencarian di sekitar lokasi kejadian.
Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah diwujudkan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor bagi mengkoordinasikan operasi.
Mayat mangsa ditemukan dengan berpakaian baju hijau muda berseluar panjang telah diserahkan ke pihak Polis untuk tindakan lanjut.
Berikutan penemuan mayat mangsa, operasi CARILAMAT telah ditamatkan pada jam 1.15 tengah hari semalam.
Maritim Malaysia mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut terutamanya ketika Monsun Timur Laut sedang melanda negara.
Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor melalui talian 013-6606652 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MDNCoastGuard #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadaniKementerian
Sumber
โก๏ธApmm
#infosemasa
@infosemasaofficial