Beberapa kumpulan bantuan antarabangsa melaporkan bahawa Israel gagal memenuhi permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan yang lebih besar ke Gaza.
Bulan lalu, AS memberikan tempoh 30 hari kepada Israel untuk meningkatkan secara signifikan jumlah bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk ke Gaza, dengan tarikh akhir berakhir pada hari Selasa.
“Israel bukan sahaja gagal memenuhi kriteria AS yang menunjukkan sokongan terhadap usaha bantuan kemanusiaan, tetapi pada masa yang sama melakukan tindakan yang memburukkan lagi keadaan di lapangan, terutama di utara Gaza,” kata laporan itu.
“Keadaan tersebut kini berada dalam keadaan yang lebih teruk berbanding sebulan lalu.”
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia