Nota Redza Zainol

Канал
Логотип телеграм канала Nota Redza Zainol
@notaredzazainolПродвигать
155,77 тыс.
подписчиков
Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.
🥵 Punca anak jadi semakin biadap

🍓 Kita biarkan anak naikkan suara pada ibunya sejak kecil.

🍓 Ada “Father figure” tapi seperti tidak berfungsi. Ayah perlu ada sikap 'pembimbing' kepada anaknya.

🍓 Kena didik anak untuk muliakan ibu sejak dari kecil

Allah
Rasulullah
Ibu (3x)
Ayah

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😊 Ada anak usia 18 bulan?

🍓 Inilah usia mereka menjadi sangat aktif. Ya, ini normal.

🍓 Memberi respon pada setiap makanan yang disediakan. Suka atau tak suka.

🍓 Akan kerap menguji had dan peraturan sesuatu perkara.

🍓 Ingin buat sesuatu perkara sendiri tetapi tetap mahu dekat dengan mak ayah.

🍓 Fasa “Oppositional Behaviour” bermula. Tak mahu ikut cakap / beri kerjasama kepada mak ayah.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Ini cara anak usia 1-4 tahun ajak mak ayah luang lebih masa dengan mereka:

🍓 Anak minta untuk dipeluk
🍓 Anak minta kita bacakan buku cerita
🍓 Anak ajak kita main bersama
🍓 Anak asyik ikut kita di rumah
🍓 Anak menangis
🍓 Anak peluk kaki kita
🍓 Anak asyik ganggu kita bercakap
🍓 Anak minta benda yang tak masuk akal

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Khas untuk mak ayah yang pentingkan pendidikan KAFA anak-anak (Darjah 1-5)

Sekarang dah ada cara mudah dah nak anak skor KAFA ni. Bagi je anak belajar Bahasa Arab, Sirah Nabi & Ibadah dalam bentuk video gini.

Lengkap A-Z & ramai dah anak skor KAFA lepas tengok video ni.

Murah sangat rm20/subjek je. Boleh dapatkan video tu di sini 👇

https://anakhebat.onpay.my/order/form/videosilibuskafav3/ScoreKAFA
🥵 Buntu dengan perangai anak remaja?

👉🏻 Anak remaja kita kena berhadapan dengan isu :

🍓 Tekanan daripada rakan
🍓 Imej tubuh badan
🍓 Prestasi akademik
🍓 Membentuk identiti diri
🍓 Stimulasi visual dan auditori yang merosakkan hati

Sebab tu mak ayah kena buat 1 benda ni :

👉🏻 Sentiasa terbuka untuk berkomunikasi dengan anak.

Paling sedih bila mak ayah fikir anak remaja dah tak perlukan bimbingan kita.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Seorang ibu yang baik akan merasa:

🍓 ada hari yang teruk
🍓 ada hari yang semuanya berjalan seperti yang dirancang
🍓 ada hari yang semuanya tak menjadi & ‘overwhelming’
🍓 ada hari yang dipenuhi dengan kasih sayang.

Walau apa pun hari anda, percayalah anda dah buat yang terbaik dan teruskan berjuang.

Percayalah, semua ini berbaloi.


#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😅 Anak asyik bertanya soalan?

👉🏻 ada yang rasa rimas bila si kecil selalu bertanyakan soalan, tetapi:

🍓 itulah tanda minda mereka berkembang dengan baik

🍓 itulah cara untuk mereka belajar bercakap

🍓 menambah senarai ‘vocabulary’ baru

🍓 dia nak cari keselesaan dan sokongan emosi dari mak ayah

Bila emosi si kecil stabil, insyaAllah dia akan jadi lebih tenang, gembira & kurang meragam 😉

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🫡 Ayah nak bina karektor anak?

👉🏻 Jadilah teladan kepada anak-anak. Ini antaranya:

🍓 Mengaku kesalahan diri sendiri dan bersedia untuk memohon maaf.

🍓 Kerap guna ayat yang menaikkan keyakinan diri anak.
“Abang boleh buat, ayah yakin.”

🍓 Pandang muka ketika bercakap dengan orang lain.

🍓 Mengotakan setiap janji yang dibuat.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Anak dah capai akil baligh?

🍓 Sedarlah mak ayah yang pada fasa ini, pengaruh kita dah tak sekuat dulu.

🍓 Ada anak yang pada asalnya baik, bertukar menjadi buruk disebabkan pengaruh rakan sebaya.

🍓 Rugilah mak ayah yang sengaja menjarakkan diri mereka daripada anak sebab merasakan anak remaja boleh dibiarkan tanpa panduan berterusan.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😊 Nak tips beli mainan untuk anak usia 1-2 tahun?

🍓 Beli mainan yang sesuai dengan umur

🍓 Selamat dari risiko tercekik

🍓 Ransang motor halus jari
- blok jenis kayu
- bola kecil
- fidget toy
- mainan ketuk-ketuk
- plastic tweezer
- menconteng dengan krayon, pen berwarna

Selain tu, cari aktiviti untuk stimulasi sensori seperti main air, pijak rumput atau pegang ranting kayu/pasir.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Nak baiki hubungan dengan anak?

Mudah caranya, cuma kita perlu berlatih selalu supaya reaksi kita lebih spontan.

🍓Fokus dan mendengar semasa anak bercerita.
🍓Tak perlu tanya banyak soalan kepada anak.
🍓Guna semula perkataan utama yang anak sebut ketika meluah/bersembang.

Contoh :

Anak : Kakak sedih.
Mama : Mama pun nampak yang kakak sedih. Cuba cerita apa yang jadi?

Si ibu guna semula perkataan SEDIH yang anaknya sebut.

Inilah langkah awal untuk “validate” perasaan anak.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
😉 Nak ajar anak skil ambil giliran?

👉🏻 Turn-Taking adalah antara asas kepada komunikasi 2 hala.

🍓 Kanak-kanak boleh ambil giliran dalam bermain. Contohnya bergilir untuk bermain kereta.

🍓 Contoh aktiviti untuk latih anak bergilir (turn-taking) dan juga berkongsi (sharing):

• Bermain board game
• Bina menara blok kayu/plastik bersama
• Melukis secara bergilir
• Golekkan bola secara bergilir kepada kawan

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Saya mencari seorang staf Graphic Designer & Pemasaran untuk klinik saya. Lokasi Kuantan. Nak minta tolong war-warkan ya 😊
😊 Kenapa kita selalu dengar, jangan cakap “Jangan” kepada anak kecil?

👉🏻 Ini kerana si kecil masih belum boleh memvisualkan apa yang mak ayah maksudkan.

🍓 Sebenarnya ada situasi yang membolehkan kita untuk sebut “Jangan”.

🍓 Kita hanya perlu pilih masa yang sesuai, seperti ketika anak dah tenang dan tak lapar.

🍓 Biasanya, kita boleh sampaikan mesej ini semasa sesi BERCERITA dengan anak.

Saya belajar teknik bercerita ini di Bab 4 dan Bab 9 dalam Buku CAKAP yang ditulis oleh Puan Zuraida seorang Terapis Percakapan.

Mak ayah boleh dapatkan buku fizikal beserta 2 ebook percuma di sini 👉🏻 https://whitecoat.onpay.my/order/form/CKP01/69
🥵 “Kenapa anak kau ni belum pandai bercakap lagi? Tengok anak jiran tu, dah pandai cakap.”

👉🏻 Selalu sangat mak ayah mengadu pada saya yang anak mereka asyik dibandingkan dengan sepupu atau jiran.

Jika anak ada perkembangan yang lambat,

1️⃣ Elak bandingkan setiap anak

2️⃣ Elak terburu-buru memberi diagnosis anak

3️⃣ Usahakan supaya anak bermain dengan mak ayah atau dengan kanak-kanak lain

4️⃣ Elak bertanya banyak soalan pada anak ketika dia bermain.

5️⃣ Dapatkan bantuan profesional.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥰 Anak lelaki juga ada emosi.

👉🏻 sebab tu kita perlu usaha untuk didik anak lelaki supaya boleh capai 5 perkara ini:

🍓 Boleh mengurus tekanan emosi dengan cara yang sihat.

🍓 Rasa selesa berkongsi emosinya dengan mak ayah.

🍓 Berani berdepan dengan masalah dan bukan lari dari masalah.

🍓 Komited kekalkan hubungan yang sihat dengan pasangannya.

🍓 Hormat pada semua wanita terutama pada ibu sendiri.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
🥵 5 sumber maksiat anak remaja yang tak ramai mak ayah tahu.

Ini penceramah pendidikan seksualiti terkenal, Akhi Fairuz yang share pada saya:

🍓 Handphone kawan. Boleh akses ke website/ apps yang tak sesuai untuk remaja.

🍓 Rakan sekelas. Budaya couple & bercakap lucah.

🍓 Sepupu sepapat sendiri bila balik kampung. Bila tak dipantau memang boleh jadi sumber kerosakan anak sebab belajar yang bukan-bukan.

🍓 Handphone mak ayah. Dia akses secara senyap-senyap konten por**grafi. Anak baik pun ramai terjebak.

🍓 Daripada social media influencer yang membawa budaya ‘couple’, ‘pickup line’ dan budaya tinggal serumah.

#NotaRedzaZainol
🥰 Anak dah capai akil baligh? Ini 5 nasihat untuk anak kita.

🍓 Ketahuilah yang kitab amalanmu sudah dibuka. Semua dosa dan pahala akan dicatat.

🍓 Solat itu wajib, jangan tinggalkan walaupun 1 waktu solat.

🍓 Belajar untuk sempurnakan wuduk.

🍓 Kini sudah sampai untuk anakku menjaga maruah diri. Ada rasa malu dan tahu nilai diri sendiri.

🍓 Jagalah batasmu dengan yang berlainan jantina.

#NotaRedzaZainol
#DidikAnak
Video mengenai kesihatan mulut dan lidah bayi ni dah capai > 100K views di akaun TT saya.

Mak ayah boleh tonton di sini :
👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZS2PWRkEF/
Telegram Center
Telegram Center
Канал