Смотреть в Telegram
𝗗𝘂𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗶𝗸 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 Oleh Zulhisham Isahak - 23 November 2024 KULAI – Kelibat dua beradik warga emas yang tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu terjawab apabila ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Taman Mewah di sini semalam. Difahamkan mayat adik-beradik itu ditemukan selepas seorang jiran mereka selepas terhidu bau busuk dari rumah mereka sebelum melaporkannya kepada polis. Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan dua warga emas itu yang berusia 65 dan 67 tahun itu semalam. “Ya, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara ini dan kes itu masih dalam siasatan. “Siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa ini,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan 1 Fauzi Che Deris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.37 tengah hari. Beliau berkata, enam anggota dan sebuah jentetra Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian. Menurutnya, dua warga emas termasuk seorang perempuan dan seorang lelaki didapati terkunci dalam rumah. “Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir dan membuat pemeriksaan di Lokasi mendapati kedua-duanya mangsa meninggal dunia,” ujarnya. Tambah beliau, operasi tamat pada pukul 1.58 tengah hari.- MalaysiaGazete Artikel➡️Malaysian Gazete #infosemasa @infosemasaofficial
Love Center
Love Center
Бот для знакомств