PENDAFTARAN DAN KEMAS KINI MAKLUMAT DALAM SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) KINI DIBUKA
➡️ Siapakah yang boleh mengemas kini maklumat dalam sistem PADU ?☑️ Semua warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
➡️ Kenapa Perlu Daftar?☑️ Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
➡️ Apakah manfaat yang saya perolehi dengan mengemas kini maklumat?☑️ Anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.
➡️ Adakah saya boleh memilih untuk tidak mendaftar dalam PADU?☑️ Boleh. Walau bagaimanapun, tindakan tersebut boleh menyebabkan anda berisiko tidak menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.
Sumber: Portal PADU
Info lanjut;
👇https://bantuanrakyat.my/pendaftaran-padu/ Follow Telegram Info Bantuan Semasa 2024;
👇https://t.center/bantuanrakyatmy