View in Telegram
๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ ๐—ก๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—š๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—ก๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก . ๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ก๐—ผ๐˜ƒ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ โ€“ Maritim Negeri Sarawak menahan sebuah vesel nelayan tempatan kelas C2 kerana menggajikan pekerja asing tanpa kebenaran di perairan Tanjung Muara Tebas, semalam. Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, vesel itu ditahan pada jam 11.24 malam oleh aset Maritim Malaysia di kedudukan 1.21 batu nautika dari timur Tanjung Muara Tebas ketika pihaknya melakukan rondaan OP PERMAI dan OP TIRIS sedang menuju ke Jeti Tanjung Bako. Hasil pemeriksaan mendapati, vesel itu dikendalikan seorang tekong warga Thailand bersama lima kru warga Kemboja dan dua kru warga Indonesia dalam lingkungan umur 23 hingga 64 tahun. Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, tekong gagal mengemukakan permohonan kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia. Berikutan penahanan tersebut, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985. Vesel bersama kesemua kru ditahan seterusnya diiring ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Sallahudin (KOMTAS) Kuching dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan. Maritim Malaysia akan terus melakukan rondaan serta sentiasa memantau sebarang pelanggaran undang-undang melibatkan aktiviti perikanan di Zon Maritim Malaysia. Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak melalui talian 082-432544 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera. . #MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MDNCoastGuard #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadaniKementerian Sumberโžก๏ธAPMM #infosemasa @infosemasaofficial
Love Center
Love Center
Find friends or serious relationships easily