๐๐๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ธ ๐๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ๐๐ฒ๐บ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฟ๐๐บ๐ฎ๐ต
Oleh Zulhisham Isahak - 23 November 2024
KULAI โ Kelibat dua beradik warga emas yang tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu terjawab apabila ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Taman Mewah di sini semalam.
Difahamkan mayat adik-beradik itu ditemukan selepas seorang jiran mereka selepas terhidu bau busuk dari rumah mereka sebelum melaporkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tan Seng Lee berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan dua warga emas itu yang berusia 65 dan 67 tahun itu semalam.
โYa, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara ini dan kes itu masih dalam siasatan.
โSiasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut buat masa ini,โ katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan 1 Fauzi Che Deris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.37 tengah hari.
Beliau berkata, enam anggota dan sebuah jentetra Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, dua warga emas termasuk seorang perempuan dan seorang lelaki didapati terkunci dalam rumah.
โPegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir dan membuat pemeriksaan di Lokasi mendapati kedua-duanya mangsa meninggal dunia,โ ujarnya.
Tambah beliau, operasi tamat pada pukul 1.58 tengah hari.- MalaysiaGazete
Artikel
โก๏ธMalaysian Gazete
#infosemasa
@infosemasaofficial