πππππ ππππ ππππππ πππππ πππππ 26 Julai 2024 πΈTerdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang. Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut. Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ #metmalaysia #statuscuacapanas #NRES #MalaysiaMADANI
Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah.
Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak. Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. Walau bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).
Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.