Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak. Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. Walau bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).